17 May 2010

SPESIES
-satu kumpulan organisma yang sama

HABITAT
-tempat hidup semulajadi bagi tumbuhan dan haiwan

POPULASI
sekumpulan organisma sama spesies yang hidup bersama-sama

KOMUNITI
beberapa jenis pupulasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan membiak dalam suatu habitat

EKOSISTEM
beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta dengan persekitaran fizikalnya (benda bukan hidup seperti air,udara,tanah,cahaya dan garam mineral.

INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
-MANGSA-PEMANGSA
Pemangsa
organisma yang memburu dan memakan organisma lain
Mangsa
organisma yang diburu dan dimakan oleh organisma lain
-SIMBIOSIS:
i)KOMENSALISME
Hubungan antara dua organisma.Satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain manakala organisma satu lagi tidak mengalami sebarang kerugian dalam hubungan tersebut.
ii)PARASITISME
Interaksi antara dua organisma.Hanya satu organisma yang mendapat faedah daripada interaksi ini manakala satu pihak yang lain akan mengalami kerugian.
iii)MUTUALISME
Interaksi antara dua organisma berlainan yang hidup bersama dengan kedua-dua pihak organisma mendapat faedah dari segi pemakanan dan perlindungan
-PERSAINGAN
berlaku apabila organisma-organisma bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama.

KAWALAN BIOLOGI
Cara yang menggunakan pemangsa (agen kawalan biologi) sebagai musuh semulajadi untuk mengawal bilangan perosak (mangsa) dalam suatu kawasan.

SIRATAN MAKANAN
PENGELUAR
semua tumbuhan hijau yang dapat membuat makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis

PENGGUNA
haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan yang lain

PENGURAI
Organisma yang mengurai organisma mati(haiwan atau tumbuhan) menjadi bahan-bahan ringkas.Contoh Pengurai ialah bakteria dan kulat

RANTAI MAKANAN
Suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.

SIRATAN MAKANAN
satu siratan (jaringan) makanan terdiri daripada gabungan beberapa rantai makanan.

PIRAMID NOMBOR
menunjukkan bilangan organisma dalam setiap peringkat rantai makanan.

FOTOSINTESIS
Proses yang berlaku pada tumbuhan hijau untuk membuat makanan daripada air dan karbon dioksida dengan kehadiran klorofil dan cahaya matahari.

No comments:

Post a Comment